Gambar yang diambil dengan Instagram kerap kali kelihatan lebih cantik dari realiti. Dengan menggunakan penuras yang disediakan, gambar yang diambil juga akan kelihatan lebih artistik. Tens ialah cermin mata hitam yang membolehkan anda melihat dunia dari pandangan seakan penuras Instagram. Setiap cermin mata Tens akan memberikan anda pandangan Instagram sepanjang masa tanpa perlu menggunakan peranti pintar. Sepasang cermin mata hitam Tens dijual pada harga 60 dollar dan terdapat empat pilihan warna yang boleh anda pilih. Apa yang kita perlukan sekarang ialah cermin mata hitam pintar dengan kamera terbina. Anda memilih penuras yang anda mahu kemudian apa yang anda lihat boleh dimuat naik terus ke Instagram. Sila bangunkan aplikasi ini. Kami yakin pengamal kehidupan hipster seluruh dunia akan berbondong – bondong memberikan anda dana untuk membelinya. Jika rezeki anda baik kemudian akan datang juragan media social berbangsa Ibrani yang akan membeli syarikat anda pada harga yang lumayan.
Sumber TensLife