Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Opera Mini 4.5 Diperkenalkan – Memperkenalkan Pengurus Muat-Turun

$
0
0

Salah satu kelebihan pihak Opera adalah pada pelayar web mudah-alih, dan terkini, mereka terus membawakan lebih banyak fungsi-fungsi menarik kepada para pengguna telefon bimbit, melalui Opera Mini 4.5.

Opera Mini 4.5

Opera Mini 4.5 membawakan beberapa fungsi dan ciri-ciri seumpama pelayar web tersebut pada telefon pintar. Antaranya adalah pengurus muat-turun, dan juga Privacy Mode. Selain itu, Opera Mini 4.5 juga diberikan nafas baru, memudahkan lagi pengendalian dan penggunaan pelayar web tersebut.

Pada masa yang sama, seperti biasa, ia masih mengekalkan kebolehan utama pelayar web tersebut, iaitu menjimatkan penggunaan data, dan mengoptimasikan paparan web untuk telefon bimbit.

Bagi para pengguna telefon bimbit berasaskan Java ataupun yang menggunakan BlackBerry, anda boleh melayari laman m.opera.com, dan memuat-turun Opera Mini 4.5 pada telefon anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640