Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

BOD Challenge: Program Realiti Keusahawanan Atas Talian

$
0
0

Bersempena bulan aktiviti MaGIC, salah satu program yang diketengahkan adalah BOD Challenge. BOD (Board Of Directors) Challenge merupakan salah satu program realiti keusahawanan yang menampilkan 13 peserta dari pelbagai latarbelakang berentap melalui idea serta aktiviti yang didokumentasikan di platform media sosial. Pemenang bakal memperoleh wang tunai RM25,000 yang akan digunakan sebagai dana untuk mengembangkan idea mereka.

Program yang dikemaskini secara langsung pada platform media sosial melalui hashtag #BODChallenge akan tamat tidak lama lagi telah sedikit sebanyak mengajar peserta mengenai strategi perniagaan serta menyediakan peluang untuk mereka mendapatkan dana awam (crowdfunding). Kesemua peserta berkampung selama 20 hari di The Nest.

Berikut merupakan 13 projek yang disenaraipendek dari 80 permohonan sebelum pertandingan ini dijalankan.

13 Peserta BOD Challenge
Peserta Twitter ID Nama Projek
Ahmad Musa @ahmad_sidryemen Authentic Yemen Sidr Honey
Ahmad Tarmizi @marzcomputer Marz Technology
Airny Yusnita @AnyMihar AIRNYS Luxury Mobile Spa
Jebat Putra @jebatputramohd Jebat Industries
Jessie Chong - MuaxMuax
Mohd Fadzli @mofadzli StartupBMG
Muhammad Afdal @foolamak Champtree
Nizamodeen - Wily Education TV
Raja Azraff @azraffazmil Youth Academy
Shah-Arif @shaharifmdshah PITSTOP
Wan Hairuddin - Mobile Coffee House
Yap Sue Yii @YapSueYii Hijab Royale
Zabareen Kemal @zabkemal LOKOLOKO MOO2

Pemenang dipilih berdasarkan mereka yang berjaya mendapatkan dana awam dari platform Pozible, dan turut meraih RM25,000. Penyingkiran peserta telahpun dilakukan sebelum ini dan pada tarikh berita ini ditulis, tinggal 6 peserta sebelum penyingkiran akhir pada hujung minggu ini.

Ikuti kemaskini langsung BOD Challenge di: Facebook | @BODChallenge | YouTube | www.bod.my | #bodchallenge 

Penafian : Advertorial oleh MaGIC.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640