Bagi kebanyakkan pengguna telefon bimbit, mungkin anda sedia mengenali akan perkhidmatan ZEDGE yang menawarkan nada dering dan juga gambar latar percuma melalui perkhidmatan mereka. Dengan era telefon pintar kini, mereka turut tidak ketinggalan dalam menyediakan aplikasi mereka khusus untuk pengguna peranti pintar.
Terbaru, ZEDGE telah melancarkan aplikasi mereka khusus untuk pengguna Windows Phone, memudahkan pengguna Windows Phone untuk mendapatkan nada dering untuk peranti mereka, dan juga gambar latar untuk digunakan secara percuma.
Bagi pengguna peranti Windows Phone, anda boleh mendapatkan aplikasi ZEDGE ini secara percuma, dan mula memuat-turun pelbagai jenis nada dering dan juga gambar latar HD secara percuma melaluinya.
Muat-Turun ZEDGE untuk Windows Phone