HTC Butterfly sebelum ini telah hadir sebagai antara peranti terawal membawakan paparan skrin 1080p. Desas-desus mengenai HTC yang akan memperkenalkan kemaskini untuknya telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas, dan kini dikatakan HTC Butterfly 2 kelak akan tiba pada bulan Jun ini.
Ia dikatakan pihak HTC merancang untuk memperkenalkan versi HTC Butterfly yang dinaik-taraf di China pada bulan Jun ini. Peranti tersebut dikatakan akan membawakan cip pemprosesan Qualcomm terbaru, disamping turut menyertakan teknologi kamera UltraPixel, bateri berkapasiti tinggi, termasuk antaramuka Sense 5.
Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan eksklusif untuk pasaran China sahaja, ataupun turut akan ditawarkan di semua pasaran ataupun sebaliknya.