Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Telegram Untuk iOS Dan Android Kini Hadir Dengan Sokongan “Voice Notes”

$
0
0

Beberapa aplikasi permesejan sedia menawarkan sokongan menghantar audio ringkas melalui perkhidmatan mereka. Terkini, perkhidmatan permesejan Telegram Messenger turut dilihat menambah sokongan tersebut.

Telegram Voice Note

Buat masa ini, sokongan Voice Notes ini ditawarkan hanya untuk pengguna iOS dan juga Android sahaja.

Pengguna boleh menekan sebuah butang mikrofon pada bahagian permesejan, dan merakamkan audio atau perbualan mereka sebelum ia dihantar kepada rakan mereka yang lain.

Bagi mereka yang aktif menggunakan Telegram, anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi versi terbaru untuk Android dan iOS, sekaligus menggunakan fungsi baru yang ditawarkan ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640