Pada Computex 2013 hari ini, selain mengumumkan komputer dan juga tablet, pihak Asus juga turut sama memperkenalkan beberapa aksesori komputer, dan salah satunya adalah Asus VivoMouse.
Asus VivoMouse membawakan gabungan tetikus biasa dengan sokongan touchpad multi-touch, serta dioptimasikan untuk penggunaan Windows 7 dan juga Windows 8.
Menggunakannya, pengguna boleh mengendalikan komputer mereka melalui pelbagai tetapan gesture termasuk zoom dengan sokongan pinch-to-zoom.
Asus VivoMouse ini dijadualkan untuk dipasarkan sekitar suku ketiga 2013 ini.