Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Surface 2 Bakal Berharga RM1399 Untuk 32GB, RM1699 Untuk 64GB

$
0
0
Surface 2
Surface 2 32GB RM1399
Surface 2 64GB RM1699
TypeCover 2 RM409
TouchCover 2 RM379
Arc Touch Mouse RM219

Microsoft bakal melancarkan Surface 2 dan menawarkannya untuk pasaran Malaysia bermula hari Jumaat ini, 14 Mac 2014. Dengan beberapa hari untuknya, kini pihak Microsoft secara rasminya mengumumkan harga jualan untuk komputer tablet berasaskan Windows RT tersebut untuk pasaran tempatan.

Surface 2 dilihat akan dijual pada harga bermula RM1399 untuk versi 32GB, sementara versi 64GB pula dijual pada harga RM1699.

Dari segi spesifikasi, Surface 2 menyertakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 4, mengekalkan skrin bersaiz 10.6-inci, paparan dilengkapi ClearType HD penuh, menyertakan sokongan USB 3.0, kamera hadpaan 3.5-megapixel, dan kamera belakang 5-megapixel. Ia hadir menggunakan Windows RT 8.1, dan dilengkapi dengan perisian pejabat Microsoft Office Home & Student RT.

Surface 2

Microsoft turut menawarkan beberapa tawaran tambahan, termasuk ruangan OneDrive percuma sehingga 200GB untuk dua tahun, dan panggilan percuma melalui Skype untuk setahun.

Untuk aksesori pula, pihak Microsoft turut menawarkan TypeCover 2 pada harga RM409, tetikus Surface Arc Touch Mouse pada harga RM219, dan Touch Cover 2 pada harga RM379.

Surface generasi pertama, iaitu Surface RT 64GB akan dijual pada harga RM1199 selepas ini, sementara Surface Pro pula akan dijual pada harga RM1899. Type Cover asal akan dijual pada harga RM319, dan Touch Cover pada harga RM279.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640