Yahoo! sejak daripada tahun lepas dilihat telah mula melakukan pelbagai perubahan drastik. Terkini, mengikut beberapa laporan awal, ia dikatakan Yahoo! bakal menghentikan sokongan log masuk menggunakan akaun Google dan Facebook ke perkhidmatan mereka.
Perkara ini akan membuatkan ke semua pengguna perlu mempunyai Yahoo! ID untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Sebelum ini, Yahoo! telah mula memperkenalkan sokongan integrasi log masuk menggunakan akaun ketiga sejak tahun 2010 yang lepas – dalam usaha untuk memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan Yahoo!.
Yahoo! dilihat akan membuang sokongan log masuk menggunakana akaun ketiga tersebut secara berperingkat pada perkhidmatan web mereka.