Untuk pengguna Windows Phone 8, semestinya salah satu perkara yang dinantikan adalah sokongan pembantu maya Cortana melalui kemaskini Windows Phone 8.1 kelak. Selain beberapa info sebelum ini, hari ini sebuah video hadir memperlihatkan Cortana dengan lebih dekat.
Melaluinya, ia memperlihatkan yang mana Cortana memerlukan pengguna mendaftar masuk menggunakan akaun Microsoft sebelum dapat menggunakannya, dan seperti dikatakan sebelum ini ia mengantikan sokongan carian pada Windows Phone.
Microsoft juga dilihat menyediakan sejumlah soalan dalam memudahkan Cortana mengenali dan memahami seseorang itu, disamping beberapa pilihan seperti “Quiet Hours” yang disertakan pada halaman tetapan.
Cortana untuk Windows Phone 8.1 dijangka akan diumumkan sekitar April kelak dan kemaskininya untuk pengguna umum dijangka akan hadir beberapa bulan selepas itu.