Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Acer Memperkenalkan Telefon Pintar Bersaiz 5.7-inci – Acer Liquid S1

$
0
0

Selain pengumuman tablet Windows 8 mereka, pihak Acer turut sama hadir dengan pengumuman telefon pintar berasaskan Android terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Acer Liquid S1.

Acer Liquid S1

Acer Liquid S1

Acer Liquid S1 membawakan skrin bersaiz 5.7-inci, dilengkapi sokongan dwi-SIM, serta dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz MediaTek. Telefon pintar ini turut sama menjalankan Android 4.2 Jelly Bean serta didatangkan dengan beberapa penambahan daripada pihak Acer, iaitu “Float UI”, membolehkan beberapa aplikasi dibuka pada tetingkap kecil dan digunakan bersama-sama ketika menjalankan aplikasi lain.

Peranti ini dikatakan disasarkan untuk pasaran Asia dan juga Eropah, dan akan ditawarkan bermula suku ketiga 2013 di beberapa buah negara.

Liquid S1 vs Note 2


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640