Apple bakal mengadakan acara tahunan mereka, WWDC 2013 pada minggu hadapan, dan kini salah seorang penganalisa hadir dengan ramalan mengatakan Apple bakal memperkenalkan kemaskini kepada keluarga MacBook Pro dan juga MacBook Retina pada acara tersebut.
Selain dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Haswell, MacBook Pro Retina dijangka akan turut menyertakan kemaskini pada bahagian kamera hadapan, menyertakan sokongan rakaman 1080p.
Disamping itu, ia juga dijangka akan menyertakan rekabentuk yang lebih nipis, dan memandangkan ia akan menggunakan cip Intel Haswell, maka mungkin akan membawakan masa bertahan dan penggunaan bateri yang lebih lama lagi.
Untuk MacBook Air pula, ia dikatakan akan turut menyertakan dwi-mikrofon terbina, dan memberikan kualiti panggilan video (FaceTime) yang lebih jelas berbanding sebelum ini.
Apa pun yang bakal dibawakan, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Apple pada minggu hadapan.