Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Facebook Messenger Akan Hadir Ke Windows Phone Tidak Lama Lagi

$
0
0

Hari ini, pihak Microsoft dilihat berkongsi akan beberapa perkara mengenai Windows dan juga Windows Phone. Salah satu perkara menarik yang diumumkan adalah aplikasi Facebook Messenger yang akan hadir ke Windows Phone tidak lama lagi.

Facebook Messenger WP

Bagi yang tidak mengenali Facebook Messenger, ia merupakan sebuah aplikasi khas yang didedikasikan untuk permesejan, memudahkan seseorang menghantar dan menerima mesej daripada rakan-rakan Facebook yang lain.

Ia boleh dikatakan berbeza dengan aplikasi Facebook asal, dan hanya khusus untuk permesejan sahaja, selain turut diintegrasikan dengan sokongan sticker dan sebagainya.

Tarikh pasti pengenalannya masih tidak diketahui lagi, tetapi dikatakan akan hadir dalam beberapa minggu lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640