Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Petanda Apple TV Generasi Baru Hadir Pada iOS 7

$
0
0

AppleTVUra-ura mengenai Apple TV generasi baru bukan sesuatu yang baru. Menekankan perkara tersebut lagi, petanda untuk Apple TV generasi baru dilihat ditemui pada platform operasi iOS 7.

Melalui apa yang dilihat, Apple TV generasi baru menggunakan angka versi 4.1, sekaligus menandakan ia akan menyertakan beberapa perubahan dan penambahan baru fungsi padanya dan bukan hanya sekadar kemaskini biasa sahaja.

Beberapa desas-desus turut mengatakan Apple mungkin mengintegrasikan sokongan permainan iOS dengan lebih baik pada Apple TV baru. Selain itu, beberapa kandungan baru juga dijangka akan hadir pada kemaskini baru ini.

Mengikut spekulasi ramai, Apple TV generasi baru ini berkemungkinan akan hadir pada bulan Mac ini bersama-sama dengan kemaskini iOS 7.1.

Apple TV 4.1


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640