Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Huawei P20 Lite Dijangka Diperkenalkan Di China Lebih Awal Sebagai Huawei Nova 3e

$
0
0

Huawei Nova 3eHuawei sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar dibawah siri P20 pada 27 Mac kelak. Namun, di China, Huawei akan memperkenalkan salah satu model dibawah siri P20, iaitu Huawei P20 Lite lebih awal, iaitu pada 20 Mac kelak.

Namun, Huawei tidak akan memanggilnya sebagai Huawei P20 Lite di China, sebaliknya ia dikenali dengan nama Nova 3e. Menjadi kebiasaan untuk pihak Huawei menggunakan nama berbeza untuk peranti di beberapa rantau – dan Nova 3e dijangka adalah nama untuk P20 Lite di China.

Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, Huawei Nova 3e ini dijangka hadir dengan skrin takuk dihadapan, selain menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Kita mungkin akan lebih mengetahui akan Nova 3e ini dengan lanjut pada 20 Mac ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640