Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Pengeluar Kini Boleh Menetapkan Arahan Google Assistant Tersendiri

$
0
0

Google Assistant adalah pembantu maya daripada Google yang sangat bijak. Pengalaman penggunaan juga agak mudah dan seronok. Kami cuba pada Google Home Mini pada bulan lepas dan ianya memudahkan kerja harian kami.

Google kini memperkenalkan Custom Device Actions, iaitu satu tetapan arahan suara khas untuk pengeluar barangan elektronik. Menurut Google, pengeluar boleh menetapkan arahan yang khusus untuk mengawal produk mereka. Sebagai contoh arahan boleh diberikan kepada ketuhar pintar untuk memasak pada suhu tertentu. Sebelum ini arahan terhad kepada memulakan proses memasak tetapi suhu tidak boleh ditetapkan.

Google juga memperkenalkan arahan untuk kawalan pelbagai jenis media dan pembesar suara pintar. Arahan kawalan suara media yang baru ini membenarkan pengguna mengawal media-media seperti menghentikan atau memainkan muzik, melangkau ke lagu seterusnya , memberi arahan mematikan skrin sambil lagu dimainkan di latar dan juga kawalan pada laman utama Google Assistant.

Akan datang juga Google akan memperkenalkan notifikasi melalui Assistant. Jika pengguna melanggan sesuatu perkhidmatan Assistant akan memberi notifikasi seperti kandungan baru dan jika ianya ialah langganan berita Assistant akan membaca berita tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640