Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Mi Mix 2S Dijangka Menjadi Peranti Pertama Xiaomi Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa-Wayar

$
0
0

Mi Mix 2SXiaomi Mi Mix 2S bakal dilancarkan secara rasminya pada 27 Mac 2018 kelak, dan beberapa info berkaitan dengannya telah pun dikongsikan sedikit demi sedikit. Jikalau sebelum ini kita melihat perkongsian poster daripada Xiaomi memperlihatkan Mi Mix 2S akan hadir dengan Snapdragon 845, kini poster baru memperlihatkan ia akan turut menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar.

Ini sekaligus akan menjadikan Mi Mix 2S sebagai telefon pintar jenama Xiaomi pertama dengan sokongan pengecasan tanpa-wayar. Dengan pengenalan pada Mi Mix 2S, kita juga mungkin kelak akan dapat melihat ciri sama mula diintegrasikan pada pelbagai peranti keluaran Xiaomi yang lain.

Dengan perkongsian baru ini, kita mungkin akan dapat melihat beberapa info lain turut hadir mengenai peranti berkenaan dalam hari-hari atau minggu-minggu akan datang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640