Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Aplikasi Gmail Untuk Android Kini Menyokong Label Inbox Seperti Web Dan iOS

$
0
0

Gmail adalah aplikasi emel yang disediakan oleh Google. Gmail mempunyai banyak ciri dan fungsi yang menarik. Tetapi folder inbox pada aplikasi Android  tidak boleh diubah dan disusun mengikut emel yang belum dibaca, emel penting ataupun emel yang telah ditanda. Aneh sekali ini boleh dilakukan pada versi Web dan iOS.

Kemaskini baru Gmail kini membolehkan pengguna memilih jenis emel yang ingin dipaparkan pada folder inbox. Tetapan baru ini diakses menerusi Settings > Inbox type. Beberapa pilihan seperti default inbox, important inbox, unread inbox, starred inbox dan priority inbox boleh dipilih dan ditetapkan oleh pengguna.

Ini adalah fungsi yang paling menarik dan dinanti-nantikan oleh pengguna tegar Gmail. Ia memudahkan pengguna mengorganisasi emel mereka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640