Gambar Motion adalah sistem gambar beranimasi seakan Live Photos yang diperkenalkan pada Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL. Selama ini pengguna kedua-dua peranti hanya boleh menonton Motion melalui aplikasi Google Photos.
Bagi memudahkan pengguna Pixel 2 berkongsi gambar Motion, Google menambah fungsi menyimpan gambar Motion sebagai GIF beranimasi. Sebelum ini, Motion hanya boleh disimpan sebagai video ataupun satu gambar statik sahaja. Dengan sokongan GIF barnimasi, pengguna Pixel 2 boleh berkongsi gambar Motion mereka dengan lebih mudah. Anda boleh menikmati fungsi ini dengan mengemaskini aplikasi Google Photos anda kepada versi 3.15.