Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Android P Bakal Dilancarkan Pada Suku Ketiga 2018

$
0
0

Google pada awal hari ini telah melancarkan Android P Developer Preview secara rasminya, sekaligus membolehkan para pembangun aplikasi untuk memuat-turun dan menggunakannya dalam lebih mengoptimasikan aplikasi mereka.

Android P dijangka hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk sokongan untuk skrin takuk, penawaran Smart Reply untuk beberapa aplikasi, penambah-baikkan pada talam notifikasi, pengoptimasian sistem operasi, dan pelbagai ciri-ciri baru.

Android P Latar Masa

Lanjutan daripada penawaran Android P Developer Preview, Google juga kini berkongsi latar pembangunan, dan menyasarkan pengenalan Android P kepada pengeluar menjelang suku ketiga 2018 kelak.

Jadi, kita mungkin akan dapat melihat pengenalan rasmi Android P bersama-sama dengan nama akhir sistem operasi berkenaan sekitar September 2018 ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640