Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

BlackBerry Menyaman Facebook Kerana Melanggar Paten Teknologi Permesejan

$
0
0

BlackBerry kini dilaporkan telah memfailkan saman ke atas pihak Facebook di Mahkamah Persekutuan Los Angeles. Saman ini difailkan kerana Facebook dikatakan melanggar paten teknologi permesejan yang dimiliki oleh BlackBerry.

Dibawah saman yang difailkan, ia turut menyenaraikan Facebook, WhatsApp dan Instagram untuk penggunaan paten perkhidmatan permesejan pada aplikasi berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, suatu ketika dahulu, BlackBerry mempunyai perkhidmatan permesejan popular dinamakan BlackBerry Messenger. Namun, popularitinya semakin berkurangan dari hari ke hari dengan kehadiran aplikasi alternatif seperti WhatsApp dan Facebook Messenger yang menyokong pelbagai peranti dan tidak terhad untuk peranti BlackBerry sahaja.

Apakah teknologi spesifik yang dilanggar oleh Facebook masih menjadi tanda tanya. Ia dikatakan BlackBerry mengambil langkah untuk memfailkan saman selepas perbincangan selama beberapa tahun yang tidak berhasil.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640