Tamat satu lagi minggu pada tahun 2014 ini, dimana menyaksikan beberapa pengumuman menarik. Salah satu perkara yang menarik perhatian ramai dan menjadi perbualan hangat adalah pemilihan Satya Nadella sebagai CEO baru Microsoft, sekaligus menjadi CEO ketiga yang memegang tampuk pengurusan syarikat gergasi perkomputeran tersebut.
Pada minggu ini juga, Sony mengumumkan penjualan bahagian perkomputeran VAIO mereka, sekaligus memperlihatkan Sony keluar daripada arena perkomputeran peribadi dan memfokuskan kepada tablet dan telefon pintar.
Selain itu, beberapa perkara lain yang turut berlaku pada minggu ini adalah termasuk pengenalan Facebook Lookback bersempena ulang-tahun ke-10 Facebook, pengenalan Google Play dalam Ringgit Malaysia, dan pengumuman pelancaran buku teks digital di Malaysia.