Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

InstaB 2.0 Akan Hadir Jumaat Ini – Membawakan Rekabentuk Selari iOS7

$
0
0

Dengan pengenalan iOS7, ramai pembangun aplikasi turut mengoptimasikan aplikasi masing-masing untuk selari dengan rekabentuk baru. Pembangun tempatan tidak ketinggalan, dan pada 17 Januari ini, pihak InstaB akan memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi mereka melalui InstaB 2.0.

InstaB 2.0

InstaB merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna merakamkan gambar anak mereka, dan kemudiannya menambah info seperti berapa hari telah seseorang bayi itu lahir, dan pelbagai efek pada gambar tersebut.

Menariknya, melalui InstaB 2.0, pembangunnya juga turut menambah beberapa fungsi baru, dimana salah satunya adalah sokongan melihat garis masa profil bayi mereka, menjadikan ia mudah dan interaktif untuk mengikuti perkembangan bayi mereka dari masa ke semasa.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun InstaB hari ini sementara menantikan kemaskini InstaB 2.0 pada penghujung minggu ini.

Muat-Turun InstaB untuk iOS

Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640