
Lanjutan daripada pengumuman pihak Google dan Microsoft mengatakan mereka akan bekerjasama untuk hadir dengan aplikasi baru, kini nampaknya Microsoft telah membuang aplikasi YouTube daripada Windows Phone Store, sekaligus memberikan idea versi baru akan hadir tidak lama lagi.
Sebelum ini, Microsoft telah hadir dengan aplikasi YouTube yang dioptimasikan untuk Windows Phone 8 dengan pelbagai fungsi menarik. Namun, memandangkan melanggar beberapa terma perkhidmatan YouTube, maka Google telah meminta ia dikeluarkan dan disesuaikan dengan terma perkhidmatan mereka.
Mengikut spekulasi awal, aplikasi baru kelak dikatakan berkemungkinan mempunyai fungsi yang terhad, dan mungkin tidak menawarkan pengalaman penggunaan seperti sebelum ini.
Apa pun, bagi anda yang telah sedia mempunyai aplikasi YouTube baru pada peranti Windows Phone anda, mungkin boleh menyimpannya, dan menantikan ulasan aplikasi baru sebelum menaik-taraf kepadanya.