Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Football Manager 2014 Akan Menyokong Linux

$
0
0

Football Manager merupakan salah satu permainan simulasi pengurusan pasukan bola sepak yang popular, dan kini ia dilaporkan, versi terbaru permainan ini iaitu Football Manager 2014 turut sama akan hadir untuk para pemain Linux.

Football Manager 2013

Sebagai permulaan, permainan ini dijangka akan menyokong Ubuntu 12.04 (LTS), dan pada masa yang sama membawakan fungsi permainan antara platform lain, termasuk Windows dan Mac melalui Steam.

Bagi yang tidak pernah bermain permainan ini, ia membolehkan pemain untuk menguruskan pasukan bola sepak mereka, dimana memerlukan mereka melatih, membeli pemain, dan membina pasukan bola sepak terbaik, sekaligus mengalahkan pasukan bola sepak yang lain.

Football Manager 2014 dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Oktober tahun ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640