Nampaknya Microsoft Research masih tidak melupakan laman sosial mereka, Socl. Selepas memperkenalkan perkhidmatan tersebut pada tahun 2011 lepas, kini nampaknya Microsoft Research turut mula menawarkan aplikasi mudah-alih untuk laman sosial tersebut.
Walaupun perkembangan laman sosial ini kurang hangat diperkatakan, namun ia nampaknya satu demi satu fungsi baru ditambah pada Socl dari bulan ke bulan.
Melalui aplikasi yang diperkenalkan ini, Socl membolehkan pengguna untuk membuat beberapa kolaj dan gambar-gambar meme dengan pantas, disamping melakukan pelbagai perkongsian menggunakannya.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Socl untuk Android, iOS dan juga Windows Phone hari ini.
Muat-Turun Socl untuk Google Play Store
Muat-Turun Socl untuk iPhone
Muat-Turun Socl untuk Windows Phone