Google sebelum ini telah pun menamatkan sokongan iGoogle mereka. Namun, bagi mereka yang telah selesa dengannya, dan inginkan sesuatu yang lebih kurang dengan iGoogle, mungkin boleh memasang sebuah pemalam khas untuk Chrome, dinamakan sebagai iChrome.
iChrome memperlihatkan beberapa perkara sahaja, dimana antaranya adalah laluan trafik, kemaskini berita semasa, masa, cuaca, iFrame dan beberapa yang lain.
Ketika memasangnya, iChrome hanya memaparkan sebahagian sahaja, dan pengguna boleh menambah koleksi widget dengan klik pada menu khas pada bahagian bawah-kanan halaman tab iChrome.
Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan lancar, tetapi seperti widget cuaca tidak memaparkan data buat masa ini.
Apa pun, bagi mereka yang berminat, boleh mencubanya hari ini dengan memuat-turun pemalam iChrome daripada Chrome WebStore.