Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

WordPress 3.8 Disasarkan Untuk Dilancarkan Pada 12 Disember

$
0
0

WordPress merupakan salah satu platform web popular yang digunakan hampir 20% daripada keseluruhan web pada hari ini. Terkini, selepas pelancaran WordPress 3.7 beberapa minggu yang lepas, pembangunnya sedang giat membangunkan WordPress 3.8.

WordPress 3.8 disasarkan untuk dilancarkan pada 12 Disember kelak, yang mana bakal membawakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya. Apa yang menariknya, Matt Mullenweg turut memainkan peranan penting dalam pembangunan WordPress 3.8 ini.

Versi baru ini bakal memfokuskan kepada rekabentuk halaman pentadbir yang baru, terutamanya menjadikan ia mesra pada pelbagai saiz peranti.

Disamping itu, sebuah tema baru dinamakan Twenty Fourteen turut sama bakal disertakan bersama-sama WordPress 3.8 kelak.

Buat masa ini, versi beta untuk WordPress 3.8 telah sedia ditawarkan, membolehkan bagi mereka yang berminat untuk memuat-turun dan mencubanya sebelum versi akhir hadir.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640