iBooks merupakan salah satu aplikasi sehenti untuk menguruskan buku digital anda. Terkini, selepas memperkenalkan iOS 7 sebelum ini, pihak Apple dilihat telah mengemaskini aplikasi berkenaan membawakan rekaan yang selari dengan iOS 7.
Ia kini membawakan rekaaan yang lebih mendatar dengan latar berwarna kelabu. Ia dilihat lebih kemas dan cantik berbanding aplikasi iBooks sebelum ini.
Bagi pengguna iOS 7 dan terkini, anda boleh memuat-turun versi terbaru ini dan menggunakannya dalam membeli, memuat-turun dan membaca buku digital anda.
Muat-Turun iBooks untuk iOS 7