Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Aplikasi OneNote Untuk Android Diperkenalkan Untuk Pengguna Malaysia

$
0
0

Microsoft telah pun melancarkan aplikasi OneNote untuk Android pada bulan Julai yang lepas. Namun, ia hanya terhad kepada beberapa buah negara, dan hari ini, sokongan aplikasi tersebut diperluaskan, termasuk untuk pengguna tempatan.

OneNote membawakan kebolehan untuk pengguna membuat nota pantas menggunakan peranti mudah-alih mereka, disamping berkongsi dan berkolaborasi bersama-sama yang lain.

OneNote menggunakan sokongan SkyDrive untuk sync, dan pengguna boleh mengakses dokumen dan fail yang disimpan pada OneNote menggunakan sebarang peranti Android dan iOS, termasuk pada komputer Windows.

Bagi pengguna tempatan yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi OneNote untuk Android hari ini, dan menggunakannya dalam mengambil pelbagai jenis nota melaluinya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640