Selain pihak Yahoo! yang memperkenalkan logo yang baru pada minggu lepas, kini Dropbox turut sama memperkenalkan nafas baru untuk logo mereka dan juga untuk ikon aplikasi pada pelbagai platform.
Melalui logo baru ini, ia menggunakan konsep FlatUI yang boleh dikatakan agak popular akhir-akhir ini.
Untuk makluman, ikon baru ini telah pun sedia digunakan pada pelbagai aplikasi Dropbox, termasuk pada Windows, Android, iOS, Windows Phone dan beberapa yang lain.
Jadi, apakah pandangan anda berkenaan dengan logo baru ini?