Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Samsung Malaysia Hadir Dengan “Experience Store” Baru

$
0
0

Dengan lebih ramai menggunakan jenama Samsung di Malaysia, kini pihak Samsung Malaysia memberikan nafas baru kepada kedai fizikal mereka, dan melancarkan nafas baru untuk Samsung Experience Store di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Melaluinya, pengguna boleh mendapatkan pelbagai info produk, mencuba produk-produk Samsung, disamping mana turut mendapatkan bantuan daripada pihak Samsung berkaitan produk-produk mereka.

Kedai baru ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya adalah termasuk Kids Zone (memfokuskan kepada pengalaman gajet untuk kanak-kanak), Smart Care (bantuan perkhidmatan pelanggan), Smart Table (mencuba pelbagai peranti Samsung), Content Zone (melihat pelbagai jenis kandungan yang ditawarkan Samsung), Smart Home, dan beberapa bahagian yang lain lagi.

Dengan pengenalan pengalaman kedai yang baru ini juga, mungkin pihak Samsung memperluaskan konsepnya kepada yang lain di seluruh Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640