Terdapat beberapa aplikasi di pasaran hari ini yang berfungsi khas untuk detik-detik kecemasan, dan terkini, pihak TM yang sedia mengendalikan MERS 999 memperkenalkan aplikasi SaveME999 bersama-sama pihak SKMM.
Aplikasi ini lebih memfokuskan kepada golongan OKU, dimana mereka biasanya menghadapi masalah untuk mendapatkan bantuan segera daripada beberapa pihak. Melalui aplikasi SaveME999, ia memudahkan mereka mendapatkan bantuan menerusi mekanisme tanpa suara.
Seperti kebanyakkan aplikasi lain, SaveME999 menggunakan sokongan GPS dalam mengesan lokasi pengguna, dan seterusnya menghantar mesej ke pusat kecemasan MERS 999.
Aplikasi ini sedia ditawarkan untuk para pengguna peranti Android, iOS, BlackBerry dan juga Windows Phone hari ini.
Muat-Turun Aplikasi SaveME999 untuk Android
Muat-Turun Aplikasi SaveME999 untuk Blackberry
Muat-Turun Aplikasi SaveME999 untuk iOS
Muat-Turun Aplikasi SaveME999 untuk Windows Phone