Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Microsoft Dijangka Akan Menyertakan Power Cover Dengan Bateri Terbina Untuk Surface

$
0
0

Dengan pengenalan Windows 8.1 yang semakin hampir, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah berkenaan dengan generasi baru tablet rasmi daripada Microsoft, iaitu Surface 2. Selain kemaskini spesifikasi, kini dikatakan ia akan turut ditawarkan dengan Power Cover.

Power Cover dijangka akan ditawarkan secara berasingan, seumpama Touch Cover dan Type Cover sebelum ini. Ia juga dikatakan akan selari dengan Surface Pro versi asal, dan mungkin tidak akan menyokong Surface RT generasi pertama.

Melalui Power Cover, ia dikatakan akan menyertakan sokongan bateri terbina, dan akan membawakan rekaan papan kekunci sama seperti Type Cover pada hari ini.

Walaubagaimanapun, info berkenaan berapakah kapasiti bateri dan sebagainya masih tidak diketahui buat masa ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640