Selepas Acer, kini nampaknya pihak Toshiba hadir sebagai pihak kedua untuk memperkenalkan tablet bersaiz 8-inci dan dijana menggunakan sistem operasi Windows 8. Tablet ini dijangka akan dipasarkan bermula bulan November kelak.
Toshiba Encore ini didatangkan dengan cip pemprosesan Intel Atom (Bay Trail), disertakan dengan kamera hadpaan 2-megapixel, skrin dengan resolusi 1280×800 pixel, serta ruangan storan terbina bersaiz 32GB (boleh dibesarkan dengan mikroSD).
Tablet ini turut dikatakan dioptimasikan untuk Windows 8.1 dan dibangunkan dengan kerjasama rapat bersama pihak Microsoft. Beberapa perisian tambahan yang turut didatangkan dalah termasuk Office Home & Student 2013 versi penuh, dan juga Norton Anti-Theft.
Toshiba dijangka akan menjualnya pada harga sekitar $329.99, dan harga rasmi jualan tempatan masih tidak diketahui buat masa ini.