Asus sedia dikenali dengan pelbagai eksperimen rekabentuk peranti mereka, dan terkini mereka membawakan satu lagi peranti baru, dinamakan sebagai Asus Transformer Book Trio yang membawakan dua sistem operasi dalam satu peranti.
Asus Transformer Book Trio menyertakan skrin bersaiz 11.6-inci (1920×1080 pixel), dilengkapi cip pemprosesan Intel Atom Z2760, memori 2GB RAM, serta didatangkan dalam pilihan 16GB, 32GB dan juga 64GB.
Seperti pada Transformer AIO sebelum ini, pengguna boleh berubah antara satu sistem operasi ke lain dengan menekan hanya satu butang pada bahagian tepi, dan satu lagi butang khas dinamakan “Trio” untuk perkongsian data antara kedua-dua sistem operasi ini.
Menariknya adalah dimana papan kekuncinya turut didatangkan dengan spesifikasi khas, iaitu cip Intel Haswell, Intel HD 4400, memori 4GB RAM, ruangan storan sehingga 1TB dan beberapa port utama melaluinya.
Pengguna juga boleh menggunakan papan kekunci tersebut sebagai PC berasingan dengan menghubungkan ia kepada monitor.
Asus pertama kali telah memperkenalkannya pada Computex yang lepas, dan dengan pengumuman di IFA ini ia membawakan kemaskini pada spesifikasi selain mana turut memperlihatkan ia mungkin akan dilancarkan ke pasaran tidak lama lagi.