Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Nokia Memperkenalkan HERE Auto – Sistem Navigasi Kenderaan Dengan Sokongan Awan

$
0
0

HERE AutoNokia sedia terkenal dengan perkhidmatan navigasi mereka yang digunakan dalam kenderaan. Hari ini, mereka memperkenalkan platform baru – dinamakan sebagai HERE Auto, menghubungkan sistem navigasi kereta, sebuah aplikasi khas, dan juga diintegrasikan dengan perkhidmatan awan.

Menggunakan HERE Auto, pengguna boleh mengakses kepada sistem pemetaan seperti sedia ada – hadir dengan sokongan turn-by-turn dan juga bantuan suara. Namun, apabila ia dihubungkan ke internet, maka pengguna akan mendapat beberapa info tambahan, termasuk data trafik, kemaskini cuaca, dan beberapa kemaskini yang lain.

HERE AutoPada masa yang sama, melalui aplikasi yang ditawarkan untuk Windows Phone dan juga Android, pengguna boleh mengikuti pelbagai perkara, termasuk dimana mereka meninggalkan kenderaan, mengawal penghawa-dingin, menyemak kuantiti minyak dan sebagainya. Pengguna juga boleh membuka dan mengunci kenderaan menggunakannya.

Nokia sedia mempunyai beberapa rakan kerjasama untuknya, dan mereka dijangka akan memperlihatkan sistem navigasi baru ini pada International Motor Show yang akan diadakan pada 10 September kelak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640