Beberapa minggu yang lepas, pihak FourSquare sedia memaklumkan bakal menawarkan aplikasi mereka untuk pengguna Windows 8 dan juga Windows RT. Hari ini, aplikasi berkenaan dilancarkan secara rasmi di Windows Store, sekaligus membolehkan pengguna seluruh dunia menggunakannya.
Aplikasi FourSquare untuk Windows ini dioptimasikan sepenuhnya menggunakan paparan Metro (ModernUI), dimana selain selesa digunakan pada desktop biasa, ia juga sesuai untuk digunakan pada tablet.
Menggunakannya, pengguna boleh membuat carian lokasi yang diingini menggunakan kata kunci yang diinginkan, disamping pada masa yang sama melihat aktiviti rakan-rakan ataupun perkara menarik disekeliling anda.
Bagi pengguna Windows 8 dan juga Windows RT yang berminat dan aktif menggunakan FourSquare, boleh memuat-turunnya hari ini dari Windows Store.