Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

HP Slate 21 AIO Akan Dijual Di Malaysia Bermula Bulan Hadapan Pada Harga Bermula RM1099

$
0
0

HP Malaysia sebelum ini telah pun mula menjual dua peranti baru mereka, iaitu HP Slate 7 dan juga HP Slatebook X2. Terkini, hari ini mereka turut sama mengumumkan HP Slate 21 AIO untuk pasaran Malaysia, dan akan dijual bermula pertengahan September pada harga bermula RM1099.

HP Slate 21 AIO

HP Slate 21 AIO membawakan skrin bersaiz 21.5-inci dan dijana menggunaakn Android 4.2 Jelly Bean. Peranti ini juga turut sama dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 4.

HP Slate 21 AIO dikatakan direkabentuk untuk mereka yang ingin menggunakan Android pada skrin bersaiz besar. Ia juga dioptimasikan untuk digunakan sebagai pemain media, selain mana turut boleh dilaraskan sehingga 70-darjah untuk penggunaan dan paparan yang berbeza.

Walaubagaimanapun, satu kekurangan pada HP Slate 21 AIO adalah kekurangan bateri terbina, memerlukan pengguna tidak boleh mengalihkannya ke tempat lain, dan perlu bergantung kepada panel kuasa untuk menggunakannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640