Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Microsoft Berkongsi Info Berkenaan Kemaskini Windows Phone Akan Datang

$
0
0

Selain pengumuman pihak Nokia berkenaan kemaskini Lumia Amber, kini pihak Microsoft melalui halaman rasmi mereka turut sama telah mengatakan mengenai kemaskini Windows Phone 8 yang akan hadir dalam beberapa bulan lagi, dimana akan turut menyertakan beberapa fungsi baru melaluinya.

Nokia Lumia

Daripada apa yang dikongsikan oleh Microsoft, kemaskini baru kelak akan menyertakan sokongan protokol CalDAV dan juga CardDAV, sekaligus membolehkan para pengguna Windows Phone terus menggunakan perkhidmatan Google.

Disamping itu, kemaskini baru ini juga akan membawakan sokongan radio FM dan juga Data Sense untuk beberapa peranti. Microsoft mengatakan mereka akan terus menambah baik sokongan WiFi pada peranti, termasuk sokongan permesejan. Kebolehan membalas panggilan melalui mesej juga akan didatangkan melalui kemaskini ini.

Tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak Microsoft buat masa ini berkenaan bilakah kemaskini ini akan diperkenalkan kepada semua.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640